Pembekal P.O.D Dropship – Etsy,Ebay dan Amazon

Printful merupakan Pembekal P.O.D Dropship untuk buat bisnes di Etsy Ebay dan Amazon. P.O.D adalah singkatan daripada Print On Demand. Di mana, pembekal akan membuat tempahan selepas jualan dibuat.

Jika sebelum ini pernah menggunakan artsnow sebagai pembekal, kali ini saya menggunakan Printful sebagai pembekal print on demand dropship untuk membuat jualan di internet.

Tidak seperti artsnow yang mempunyai bayaran bulanan, pihak Printful tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna yang menggunakan servis dari mereka. Dengan kata lebih mudah ialah PERCUMA.

Printful ini kebanyakannya digunakan oleh “grafik designer” di seluruh dunia.

Artikel Lain : Jual Barang di Etsy – Alternatif Selain Ebay

Printful Pembekal P.O.D Dropship

Printful yang berpusat di North Carolina, United States, telah memulakan operasi sejak tahun 2013. Mereka juga mempunyai beberapa warehouse lain untuk memudahkan penghantaran produk kepada pembeli. Seperti di Latvia, Sepanyol dan Kanada.

pembekal p.o.d dropship
Printful Warehouse di Seluruh Dunia

Dengan menggunakan Printful anda boleh menghantar produk dengan cepat kepada pembeli yang ada di seluruh dunia.

Contoh Produk di Printful

Antara produk yang boleh dijual dengan menggunakan Printful ialah seperti t-shirt, mug, topi, canvas dan banyak lagi.

Artikel Lain : Buku Perniagaan Online dari Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi

Kelebihan Printful

Apa yang membuatkan Printful lain daripada yang lain adalah tiada minimum order. Anda boleh menjual di mana-mana laman web e-commerce yang ada di internet, walaupun dengan satu design.

Kos penghantaran yang berpatutan ke seluruh dunia.

Laman web yang boleh disatukan dengan Printful

Boleh automasikan jualan dengan menyatukan produk anda di Printful dengan laman web yang terkemuka seperti Etsy, Ebay, Wish dan Amazon.

Anda juga boleh menyatukan produk dengan laman web e-commerce anda sendiri seperti Shopify, Woocommerce, Magento, Presta Shop dan Big Commerce.

Design Maker dari Printful

Design Maker yang mudah digunakan untuk pengguna Printful. Seperti contoh, boleh buat design t-shirt untuk print di depan, belakang, lengan dan label.

Printful menggunakan konsep DTG (Direct To Garment) untuk membuat printing ke atas t-shirt dan sejenis dengannya.

Anda juga mempunyai pilihan t-shirt yang berkualiti seperti Gildan, American Apparel dan Anvil.

Artikel Lain : Cara Buat Website Sendiri Dengan Blogspot dan WordPress

Branding Produk Sendiri

Dengan adanya Printful anda boleh buat t-shirt branding sendiri dan pasarkan ke seluruh dunia tanpa memikirkan tentang inventori produk.

Antara yang berjaya dengan Printful

Ramai yang telah berjaya dengan menggunakan printful untuk membuat branding produk sendiri. Seperti contoh Keen Bee Studio dan Effin Birds.

Apa yang perlu anda buat adalah memikirkan cara pemasaran yang efektik untuk produk anda. Boleh gunakan platform pemasaran yang percuma seperti media sosial atau pun pemasaran yang berbayar seperti FB ads dan Google ads.

Selamat Mencuba!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *