Mendapat jualan online pertama di Etsy dapat membuatkan sebagai penaik semangat untuk terus berniaga di laman web Etsy. Daripada jualan yang pertama ini akan membuahkan hasil yang seterusnya.
Ini adalah hasil daripada kedai baru yang dibuat di Etsy menggunakan perkhidmatan dropship dari Printful.
Pernah juga beberapa kali akaun di Etsy disuspend tanpa sebab sebelum ini. Jadi, saya telah cuba untuk menghubungi pihak Etsy melalui Etsy Support.

Agak lama juga untuk menerima email balas dari Etsy. Lebih kurang seminggu baru dapat jawapan balas dari Etsy. Mereka sudah mengaktifkan semula akaun yang telah disuspend tanpa sebab sebelum ini.
Dropship dari Printful
Sebagai mana yang kita semua tahu, bisnes dropship tidak memerlukan kita untuk menyimpan stok sendiri. Dalam konsep dropship “Print On Demand”, gambar akan di cetak ke atas baju/produk setelah mendapat order yang baru.
Artikel Lain : Pembekal P.O.D Dropship – Etsy,Ebay dan Amazon
Pendaftaran di Printful adalah Percuma. Sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes dropship POD, boleh buat pendaftaran secara online di Printful.
Tidak perlu menyewa kedai. Boleh buat kedai online sendiri mengikut citarasa. Boleh belajar cara buat website sendiri.
Mendapat Jualan Online Pertama
Bagi yang pertama kali mendapat jualan online di internet, ini dapat membangkit kan semangat untuk meneruskan perniagaan online.

Pihak Etsy akan menghantar satu email “Tahniah” kepada anda setelah mendapat jualan yang pertama di Etsy. Anda juga akan menerima satu email daripada Printful iaitu pembekal dropship POD mengenai order anda.

Email memberitahu bahawa produk anda akan di proses di North America kerana berhampiran dengan kawasan pembeli anda. Ini dapat mempercepatkan proses penghantaran.

Pembayaran di Printful dibuat menggunakan Printful Wallet atau email Paypal. Jika tiada duit di dalam Printful Wallet, Printful akan tarik duit secara auto dari akaun Paypal yang telah didaftar.

Kini, order anda sudah di dalam proses cetakan.
Apabila selesai proses cetakan, anda akan terima lagi satu email memberitahu tentang penghantaran.

Anda akan menerima nama kurier yang digunakan dan Nombor tracking produk. Semua ini akan dihasilkan secara auto. Nombor tracking di Etsy akan dimasukkan sendiri oleh sistem dari Printful.

Order anda sudah selesai. Cuma tunggu “feedback” dari pembeli bila produk sudah sampai di tangan.
Artikel Lain : Jual Barang di Etsy – Alternatif Selain Ebay
Cara Pemasaran di Etsy
Dari segi pemasaran saya menggunakan Etsy Ads. Modal permulaan yang digunakan adalah sebanyak $5/sehari. Cuba dahulu dalam masa 10 hari. Kalau profit ok, boleh teruskan iklan lagi sehingga sampai 30 hari.

Masuk hari yang ketiga iklan, sudah mendapat satu jualan. Jumlah kos ads yang digunakan adalah sebanyak $6.68. Masih lagi ada profit dalam 30%.
Pihak Etsy akan mengiklankan produk anda mengikut keyword yang telah ditetapkan di dalam maklumat produk.
Bajet pemasaran di Etsy boleh bermula dari $1/sehari.
Artikel Lain : Buku Perniagaan Online dari Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi
Sekian dahulu. Terima Kasih.

3 Replies to “Mendapat Jualan Online Pertama di Etsy – Printful Dropship”