Buku Perniagaan Online dari Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi

Buku Perniagaan Online | Sebelum memulakan sesuatu perniagaan online, adalah lebih baik sekiranya kita menambah kan ilmu di dada. Walaupun kita rasa ilmu di dada sudah penuh untuk bisnes online, tidah salah untuk kita membaca kisah atau pengalaman orang lain dalam menjalankan perniagaan internet.

Siapa Irfan Khairi?

Bagi sesiapa yang belum mengenali saudara Irfan Khairi, beliau merupakan seorang jururunding atau pun dengan bahasa mudah nya konsultan yang pernah menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.

Irfan Khairi telah mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas itu, beliau telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet.

Beliau merupakan salah seorang daripada team yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid.

Pada ketika itu, lebih dari 5,000 sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau telah memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Artikel Lain : 9 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh di Cuba Semasa PKP

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya lebih menguntungkan daripada pendapatan bekerja normal 9-5, beliau telah mengambil keputusan yang serius untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan Internet miliknya.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan laptop dan Internet. Pada masa itu umur beliau baru berusia 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Artikel Lain : Belajar Bisnes Ebay dengan Team Export Mudah

Antara perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Kini beliau mempunyai sebuah bangunan sendiri di Damansara untuk meneruskan kursus dan seminar bagi sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet. Boleh lihat di website Open Education yang dianjurkan di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd.

Beliau juga ada menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan dirinya dan jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Buku Perniagaan Online – Ebook

Buku ini dihasilkan dalam bentuk e-buku iaitu dalam bentuk elektronik. Tiada dijual dalam bentuk fizikal seperti buku-buku perniagaan yang lain.

Di dalam buku ini, menceritakan kisah hidup pahit manis dalam beliau sepanjang menjalankan perniagaan internet. Tidak semuanya indah belaka di dalam menjalankan perniagaan online. Ada juga yang pahit.

Apa yang menariknya, beliau pernah bekerja sebagai tukang cuci, dan hasil daripada pendapatan itu, beliau dapat membeli sebuah laptop untuk menjalankan bisnes secara atas talian.

E-buku ini adalah sebuah buku biografi beliau dalam bentuk “story telling” yang dapat menaik kan semangat orang lain untuk memulakan langkah dalam menjalankan bisnes online.

Kini beliau telah pun mempunyai satu lagi bisnes di Dubai. Ikuti kisah beliau di dalam e-buku sebanyak 250 muka surat yang sarat dengan informasi, strategi teknik perniagaan berbentuk storytelling.

2 Replies to “Buku Perniagaan Online dari Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *