7 Tips Dropship Untuk Beginner Ambil Perhatian

Tips dropship untuk beginner yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan bisnes dropship online. Ada yang buat bisnes dropship di Shopee, Lazada, Shopify, Woocommerce, Ebay dan pelbagai lagi platform yang lain. Semua nya dengan satu tujuan iaitu untuk mendapat keuntungan melalui jualan online.

Dengan ada nya 7 tips dropship ini, diharap dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang ingin memulakan bisnes dropship di alam maya.

7 Tips Dropship Untuk Beginner

  1. Profit Margin
  2. Bekalan produk
  3. Penghantaran
  4. Refund & Return
  5. Persaingan
  6. Medium Yang Sesuai
  7. Modal Untuk Bermula

1. Profit Margin – Tips Dropship Untuk Beginner

Buat kira-kira keuntungan dengan teliti sebelum membuat sebarang jualan. Terutamanya jika banyak menggunakan platform ecommerce marketplace yang percuma seperti Shopee dan Lazada.

Setiap transaksi jualan di ecommerce marketplace dikenakan charge sebanyak beberapa persen dari harga jualan. Kadar persen bergantung kepada marketplace.

Dikhuatiri, keuntungan yang dapat tidak setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukan. Profit margin yang sesuai untuk bisnes dropship adalah sekitar 30%~50%. Lagi lebih lagi bagus.

Artikel Lain : Beli Barang Dari China secara Online Untuk Berniaga atau Kegunaan Sendiri

2. Bekalan Produk

Pastikan bekalan produk dari pembekal boleh menampung order yang diterima. Takut nanti promosi kita akan menjadi sia-sia, bila produk tidak dapat dihantar oleh pembekal.

Artikel Lain : Jual Barang di Etsy – Alternatif Selain Ebay

3. Penghantaran

Tempoh penghantaran juga penting untuk diambil kira. Ini untuk memudahkan kita menjawab soalan dari pelanggan. Sebagai contoh, jika kita menggunakan pembekal dari Ali Express, kebanyakan penghantaran ke Amerika Syarikat mengambil masa lebih 20 hari.

Ada pelanggan yang tidak kisah dengan tempoh penghantaran yang lama dan ada juga yang cerewet. Kita sebagai penjual dropship, harus bijak untuk menangani permintaan pelanggan.

4. Refund & Return

Untuk yang ini perlu disemak semula dengan pembekal dropship. Ada sesetengah dropshipper boleh mengambil return dengan syarat pembeli menanggung kos penghantaran.

Ada juga yang menyediakan Refund sahaja jika barang tidak sampai ke tangan pembeli.

5. Persaingan

Kaji persaingan produk anda melalui Google, Facebook dan Instagram. Apa kah USP (Unique Selling Point) produk yang kita jual.

Cari kelemahan pesaing kita dan buat penambahbaikan pada produk.

Artikel Lain : Buku Perniagaan Online dari Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi

6. Medium Yang Sesuai

Penggunaan medium yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam bisnes dropship. Ada sesetengah produk tidak perlu untuk kita membangunkan website ecommerce sendiri.

Cukup sahaja dengan meletakkan produk di ecommerce marketplace tertentu seperti Shopee dan Lazada. Dari situ kita boleh jalan kan Shopee Ads atau Lazada Ads.

Artikel Lain : Cara Buat Website Sendiri Dengan Blogspot dan WordPress

Ada juga mitos-mitos yang menyatakan bisnes dropship tidak perlukan modal. Harus diingat bagi yang buat bisnes dropship di Shopee, Shopee akan “hold” duit anda sehingga barang sampai ke tangan pembeli dengan selamat. Kemudian baru pihak Shopee akan “release” kan duit ke dalam akaun Seller Shopee anda.

Begitu juga dengan bisnes dropship ecommerce Shopify. Bagi akaun paypal yang baru, duit anda akan “hold” sehingga produk sampai ke tangan pelanggan. Modal permulaan perlu disediakan untuk membeli produk dari pembekal.

Diharap dengan 7 tips dinyatakan tadi dapat memastikan bisnes online anda berjaya.

One Reply to “7 Tips Dropship Untuk Beginner Ambil Perhatian”

  1. Terima kasih bro sebab berani menyatakan bahawa nak mula dropship tanpa modal adalah mitos. Buat yang baru nak buat business di platform e-commerce, pastikan ada modal aka RM… so bagi yang modal ciput cam saya dulu, mulakan dengan jualan yang harga modal di bawah RM10/item.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *