Cara Buat Website Sendiri | Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang tertarik dengan model perniagaan Online. Tidak kira sama ada yang menjalankan perniagaan di Shopee, Lazada, Ebay, Amazon dan juga yang memiliki website e-commerce sendiri.
Untuk membuat kan perniagaan online anda terus meningkat dan berkembang, saya sarankan anda supaya buat jualan online dengan menggunakan platform e-commerce sendiri.
Ini adalah untuk menaikkan branding perniagaan dan juga mengurangkan fees jualan yang dikenakan ke atas penjual oleh marketplace seperti shopee dan Lazada. Anda juga boleh menyimpan database pelanggan sendiri.
Ada 2 cara untuk anda membina laman web iaitu yang percuma dan berbayar.
Artikel Lain : Laman Web E-Commerce Mudah Untuk Usahawan di Malaysia
Cara Buat Website Sendiri dengan Blogspot
Kita mulakan dahulu dengan bina website secara percuma dengan blogspot. Kenapa blogspot? Blogspot adalah produk yang dikeluarkan oleh Google untuk pengguna mereka membuat blog atau website.
Pertama sekali anda mestilah mempunyai email Google. Jika tiada, anda boleh daftar secara percuma di halaman google.
Kemudian pergi ke blogger.com dan mula membina website atau blog anda.
Langkah 1 : Tekan pada butang “Create Blog” dan tentukan nama blog yang ingin dibuat.

Masukkan nama pilihan mengikut kesesuaian anda.


Kemudian akan muncul paparan yang baru seperti di bawah. Di sini anda boleh customize blog sendiri.

Langkah 2 : Upload theme yang percuma yang diambil dari Google seperti contoh dibawah.

Selepas download theme jangan lupa untuk “mengextract” fail. Anda akan jumpa dengan fail yang bertanda dengan “.xml”. Fail ini yang akan diupload semula ke halaman blogger anda.





Langkah 3 : Boleh mula untuk setup bahagian Layout anda.

Buat Website Dengan WordPress
Sebelum buat website berbayar di wordpress, kita mestilah tahu apa itu domain dan hosting. Domain adalah nama pilihan untuk website anda.
Manakala hosting pula adalah tempat menyimpan data-data website anda seperti gambar, video dan banyak lagi.
Nama domain anda boleh beli di mana-mana yang rasa sesuai. Boleh beli nama domain di website Godaddy atau Namecheap.
Macam saya, lebih senang beli nama domain sekali dengan hosting. Untuk blog ini saya hanya beli di Jimat Hosting. Ini adalah untuk memudahkan kerja di masa akan datang.
Artikel Lain : Memilih Web Hosting Murah dan Jimat di Malaysia
Harga nama domain di Jimat Hosting bermula dari Rm45. Boleh pilih nama domain ikut citarasa sendiri.

Kemudian pilih hosting mengikut pilihan anda. Ada hosting untuk pelajar dan juga SOHO plan.

Apabila telah selesai membeli nama domain dan hosting, anda boleh mula untuk membina laman web dengan wordpress.
Segala maklat tentang pembelian domain dan hosting akan dihantar melalui email anda. Sila “check” email selepas pembelian. Penting nanti untuk masuk cPanel.
Artikel Lain : Servis Buat Website Ecommerce dari Exabytes Dengan Harga Yang Berpatutan
Sebelum itu buat nama domain anda jadi “https” dahulu. Untuk yang ini saya minta pihak jimat hosting tolong setup kan. Sebab dah buat beberapa kali buat tak menjadi. huhu..
Bila dah selesai dengan “https” tadi, boleh pergi ke halaman cPanel anda dan cari “Softaculous Apps Installer”. Kemudian pilih wordpress.

Dekat sini boleh mula install wordpress ke nama domain.


Selepas itu, masukkan username, password dan email.


Setelah selesai install wordpress kepada nama domain anda, paparan dashboard wordpress akan keluar.

Di sini anda boleh pilih theme yang sesuai secara percuma dengan klik “theme”.

Ada banyak pilihan theme yang menarik untuk anda “install”.

Setelah selesai install theme, boleh pergi ke halaman plugin dan boleh install plugin yang sesuai dengan website.


Plugin yang biasa saya gunakan ialah seperti yang tertera dalam gambar di atas ini. Saya biasa menggunakan “yoast SEO” untuk google SEO.
Ada juga yang menggunakan plugin “All in One Seo”. Mana-mana pun tak kisah, janji pandai menggunakan dengan baik.
Lagi satu plugin yang penting ialah plugin untuk melajukan loading website. Saya gunakan yang percuma sahaja iaitu “wp-optimize”.
Ramai juga yang guna “Wp super cache” dan “W3 Total Cache” . Terpulang kepada anda untuk pilih yang mana sesuai. Apa yang penting, website anda boleh berada di halaman Google.
Elementor tu adalah “website builder”. Biasanya digunakan untuk buat website dari kosong. Boleh “custom” mengikut kesesuaian. Yang ini kena belajar lebih mendalam lagi.
Boleh juga menggunakan “Divi Builder” untuk buat website. Fungsi yang lebih kurang sama, masing-masing ada kelebihan.
Siap sudah website dan boleh mula untuk update website anda secara berkala. Sekian.

6 Replies to “Cara Buat Website Sendiri Dengan Blogspot dan WordPress”