Ada 3 cara yang utama untuk kita memulakan perniagaan pakaian online di Malaysia. POD dropship Printful, jual pakaian bundle dan import pakaian dari China.
Seperti mana perniagaan makanan, perniagaan pakaian juga adalah salah satu perniagaan yang tidak akan pupus selagi mana ada manusia di muka bumi ini.
Boleh lihat contoh seperti kedai pakaian hari-hari. Setiap hari pasti ada yang membuat pembelian di kedai tersebut. Cuma di musim PKP ini, “walk in customer” adalah terhad kepada pembeli di kawasan sekitar sahaja. Lebih malang lagi jika tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan atas sebab-sebab yang tertentu.
Jadi, untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang, anda disarankan untuk membuka satu platform online untuk memudahkan pembeli membuat transaksi.
Artikel Lain : Cara Buat Website Sendiri Dengan Blogspot dan WordPress
Memulakan Perniagaan Pakaian Online dengan P.O.D Dropship Printful
Cara yang pertama ialah dengan menggunakan servis dropship dari Printful. Dengan Printful, anda boleh menjual bermacam-macam jenis produk pakaian. Bermula dari t-shirt sehingga Hoodie. Brand pakaian yang disediakan di dalam Printful juga sudah tidak asing bagi peminat pakaian. Seperti Gildan,Anvil dan American Apparel.
Apa yang perlu anda buat adalah sediakan design atau corak yang menarik untuk mendapatkan pelanggan. Pastikan yang design anda itu tidak mempunyai hak cipta dari mana-mana syarikat berdaftar.
Salah satu kelebihan dropship adalah kita tidak perlu untuk menyimpan stok. Tugas yang utama ialah memasarkan produk yang dibuat melalui medium online seperti website Ecommerce, Facebook, Instagram dan Twitter.
Artikel Lain : Pembekal P.O.D Dropship – Etsy,Ebay dan Amazon
Perniagaan Pakaian Bundle
Cara yang kedua adalah cara yang paling ramai orang Malaysia pilih. Modal pun tak berapa kasar untuk menjual pakaian bundle. Cuma di musim PKP ini agak terhad untuk kita bergerak mencari pusat jualan guni bundle.

Harga bagi satu guni adalah bergantung kepada gred pakaian yang kita pilih. Bermula dari Rm300 satu guni.
Selain Facebook, Instagram merupakan medium pemasaran yang efektif untuk menjual pakaian bundle. Cuma kita perlu tahu target pelanggan yang diinginkan.
Import Pakaian Dari China
Cara yang ketiga pula adalah cara yang biasa digunakan oleh tauke-tauke besar kedai pakaian. Import pakaian dari China.
Untuk permulaan, tidak perlu untuk mengimport pakaian dengan kuantiti yang terlalu banyak. Boleh dimulakan dengan modal yang rendah mengikut bajet yang kita ada.

Boleh mulakan dengan mencari niche pakaian yang sesuai dan mendapat permintaan untuk dijual secara online. Seperti pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, pakaian saiz besar, pakaian lelaki, pakaian korporat dan selainnya.
Anda boleh menggunakan Google Trend secara percuma untuk mencari permintaan pakaian yang tinggi dan target pelanggan yang sesuai.