Pengalaman Buat Dropship Shopify Dalam USD

Pengalaman Buat Dropship Shopify | Ini adalah kisah benar dari pengalaman diri sendiri buat duit USD dengan platform ecommerce Shopify. Pada mulanya agak segan juga untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini di internet. Tapi, demi bacaan umum, paksakan diri juga untuk berkongsi di blog.

Shopify

Shopify ialah sebuah syarikat e-commerce dari Kanada yang beribu pejabat di Ottawa, Ontario dan membangunkan perisian untuk kedai online dan sistem juruwang runcit.

Shopify telah ditubuhkan pada tahun 2004. Pada mulanya, Shopify bergantung kepada perisian yang ditulis oleh pengasasnya untuk kedai papan salji mereka.

Syarikat ini melaporkan bahawa 300 000 kedai sudah menggunakan platform mereka dengan jumlah keluaran kasar sebanyak $ 10 bilion. (Sumber wikipedia)

Pengalaman Buat Dropship

Seperti mana yang anda tahu, konsep bisnes dropship tidak memerlukan kita untuk membeli produk. Hanya beli produk bila ada jualan. Kemudian buat order dengan pembekal dan mereka akan terus hantar kepada pembeli anda.

Sebelum membuat dropship dengan shopify, saya pernah buat dropship di Ebay pada tahun 2010.

Waktu itu saya menggunakan suppler dari China iaitu Artsnow. Di artsnow, kita hanya perlu mahir design gambar yang trending seperti baju, keychain, magnet dan macam-macam lagi produk yang ada disediakan.

Harga Langganan di Artsnow

Apa yang tak bagus nya, pihak artsnow mengenakan bayaran setiap bulan kepada dropshipper mereka setelah tamat tempoh percubaan selama 30 hari.

Memandangkan pada ketika itu, akaun ebay saya telah pun disuspend, saya berhenti untuk melanggan dari mereka.

Artikel Lain : Belajar Bisnes Ebay dengan Team Export Mudah

Mula Buat Dropship Shopify

Setelah sekian lama berhenti buat dropship, masa pandemik covid-19 bermula tahun lepas, saya tertarik dengan satu panduan dropship shopify dari saudara Herman Shaq.

Jadi, saya terus mendapatkan ebook dari beliau. Nak dikatakan sebagai ebook pun bukan juga, sebab semua tutorial dalam bentuk video. Mudah untuk saya faham satu persatu langkah yang diajar.

Anda akan diajar dari research produk, cari pembekal, bina store shopify dan juga pemasaran FB. Harga yang berbaloi untuk ilmu yang disampaikan. Group FB support juga disediakan.

Kelebihan Shopify

Shopify menyediakan tempoh penggunaan PERCUMA selama 14 hari pertama. Setelah itu anda akan dikenakan bayaran sebanyak $29/sebulan.

Jadi, sebelum melanggan shopify, saya mula mencari produk yang ingin dijual. Kemudian baru membina store Shopify.

Ini adalah kerana ingin menggunakan sepenuh nya langganan PERCUMA selama 14 hari pertama dengan pemasaran dan mencari pembeli.

Artikel Lain : Servis Buat Website Ecommerce dari Exabytes Dengan Harga Yang Berpatutan

Hasil Dropship Shopify

Apabila sudah siap kesemuanya, saya mula menjalankan pemasaran menggunakan Facebook Ads seperti yang diajar di dalam ebook.

Keputusannya adalah seperti di bawah :

pengalaman buat droship shopify
Hasil Dropship Shopify
pengalaman buat droship shopify
Hasil Dropship Shopify
pengalaman buat droship shopify
Hasil Dropship Shopify
pengalaman buat droship shopify
Hasil Dropship Shopify
Hasil Dropship Shopify
pengalaman buat droship shopify
Hasil Dropship Shopify

Ini lah hasil yang saya dapat selama 2 bulan lebih menjalankan bisnes dropship shopify. Harga kos produk ialah $5.5 termasuk kos penghantaran ke United States menggunakan e-packet. Keuntungan saya adalah sebanyak $6~$7 untuk setiap satu barang yang terjual.

Tapi sayang, hasil sebegini tidak dapat bertahan lama kerana pihak FB telah ban akaun FB business manager. Adalah dinyatakan beberapa sebab yang membuatkan akaun FB manager saya kena banned.

Pengalaman buat dropship shopify ini adalah pengalaman daripada diri saya sendiri berbekalkan sedikit ilmu yang ada sebelum ini. Kepada yang baru nak bermula dengan shopify, jangan buang masa anda dengan belajar di youtube atau Google.

Saya sarankan anda belajar dari mentor yang sudah berjaya seperti saudara Herman Shaq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *