Cara Cari Produk Hot Ebay dengan Percuma

Cari Produk Hot Ebay | Ada beberapa cara untuk mencari produk hot atau produk yang laku keras di Ebay secara Percuma mengikut pengalaman sendiri.

Sebelum mula menjual di Ebay, kita pasti ingin mengetahui produk mana yang boleh dijual dengan cepat dan produk mana yang tiada sambutan.

Jika tidak melakukan carian produk hot di Ebay, pasti kita akan buntu dalam pememilihan produk yang ingin dijual. Boleh sahaja kalau hendak menjual produk yang kita minat, tetapi adakah akan mendapat sambutan dari pembeli?

Artikel Lain : Belajar Bisnes Ebay dengan Team Export Mudah

Cara Cari Produk Hot Percuma di Ebay

Cara yang pertama adalah dengan menggunakan fungsi yang ada di dalam website Ebay. Iaitu fungsi “Daily Deals”. Di sini ebay akan memaparkan 3 jenis “deals” utama iaitu “spotlight deal”, “trending deals” dan “featured deals”.

cari produk hot ebay
Cara Menggunakan Fungsi Daily Deals di Ebay
cari produk hot ebay
Tekan pada butang “see all trending deals”

Apa yang paling penting dari ketiga-tiga deals ini ialah “trending deals”. Tekan sahaja butang “see all trending deals” dan kita boleh lihat barang-barang yang dicari oleh pelawat di ebay.

Tekan butang “categories” dan pilih mana yang sesuai dengan anda

Kita juga boleh mencari barang-barang yang trending mengikut kategori. Tekan sahaja mana-mana kategori dan akan terpampang keluar pelbagai produk yang trending mengikut kategori yang dipilih tadi.

Cara yang kedua pula ialah dengan menggunakan fungsi “Advance Search”. Anda boleh masukkan sahaja apa-apa kewyword di ruangan search dan klik pada butang “completed”.

Cara menggunakan fungsi “Advance Search” di Ebay.

Jika banyak keluar tanda harga yang berwarna hijau, maknanya barang itu ada pembeli. Jika kurang tanda harga warna hijau, barang itu tidak mendapat sambutan dari pembeli.

Lihat pada tanda harga yang berwarna hijau

Cara yang ketiga dan yang terakhir yang dapat saya kongsikan di sini ialah dengan menggunakan “Terapeak Research”. Jika dahulu, terapeak research ini memerlukan bayaran secara bulanan jika hendak menggunakannya.

Tetapi sekarang mungkin ebay dah beli, jadi mudah lah untuk kita buat carian produk hot di Ebay dengan percuma sahaja. “Terapeak Research” ini boleh digunakan oleh semua penjual yang mendaftar di Ebay.

Terapeak Research di Seller Hub

Untuk menggunakan Terapeak di Ebay, anda perlu ke halaman “Seller Hub” sendiri dan ada “Terapeak Research”.

Terapeak Research

Seperti cara yang kedua tadi, masukkan sahaja keyword produk yang ingin dicari. Nanti akan keluar data-data yang penting untuk kita buat kajian produk.

Terapeak Sales Trends di Ebay

Untuk mendapat kan trend jualan, boleh klik di “Show sales trends”. Di sini kita boleh lihat graf jualan bagi produk yang kita pilih.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk membuat jualan yang konsisten di Ebay.

Artikel Lain : Laman Web E-Commerce Mudah Untuk Usahawan di Malaysia

3 Replies to “Cara Cari Produk Hot Ebay dengan Percuma”

  1. Assalamualaikum..
    Terima kasih atas perkongsian tuan, cuma nak tanya memang tak berisiko untuk akaun kita suspend ke kalau kita asyik godek2 untuk search barang yang laku keras kat eBay. Saya teragak2 untuk teroka lebih2 sebab takut akaun kena suspend..sudahnya dah berbulan2 saya masih belum dapat buat sale lagi..huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *