Buat bisnes online | Dengan kedaaan pandemik yang melanda global, ramai yang mencari alternatif untuk bina perniagaan secara online. Rakyat Malaysia sahaja sudah berapa ramai yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik ini.
Bila sebut sahaja pasal bisnes, mesti ramai yang beranggapan bahawa untuk memulakan bisnes memerlukan modal yang besar.
Dalam keadaan zaman moden sekarang ini, bisnes online boleh sahaja dilakukan tanpa modal. Apa yang penting adalah komitmen diri sendiri untuk menjayakan sesuatu bisnes.
Buat Bisnes Online Dari Rumah
Kita tidak perlu menyewa premis yang mahal untuk memulakan bisnes. Bisnes online boleh dilakukan dari dalam bilik tidur sahaja.
Kebanyakan rakyat di Malaysia sekarang ini, mempunyai telefon pintar sendiri. Apa salahnya untuk kita mulakan dengan apa yang di sekeliling sahaja dahulu.
Artikel Lain : Buat Duit Online Dengan Bisnes Dropship di Shopee
Buat bisnes online dengan Youtube
Dengan telefon pintar sahaja kita sudah boleh mula buat channel Youtube sendiri. Sebagai contoh sebelum ini, pada awal musim pkp tahun lepas(2020) channel youtube masakan telah mendapat perhatian orang ramai. Tidak perlu untuk dinyatakan di sini. ( Sebenarnya dah lupa)
Dalam masa yang singkat sahaja, jumlah subsriber telah meningkat dengan angka yang begitu drastik. Mungkin itu adalah satu rezeki bagi beliau pada ketika itu.
Bagi saya channel youtube memerlukan masa yang lama untuk di menjadi popular. Pemilihan niche juga penting untuk memulakan channel youtube sendiri.
Lihat sahaja seperti channel DD Chronicle, Bob Yp, Wan Animation, Che Nom dan ramai lagi. Masing-masing mempunyai niche tersendiri dan penonton yang setia.
Channel youtube sekarang ini tidak sama dengan masa mula-mula saya kenal dahulu. Untuk mendapat duit dari youtube tidak semudah yang disangka. Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Antaranya syarat yang penting ialah, jumlah subscriber mestilah minima 1000 untuk membolehkan anda monetize dalam video yang diupload.
Syarat yang kedua pula anda memerlukan 4000 jam tontontan daripada umum.
Jika sudah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh youtube, anda layak untuk mendapat duit dari video-video yang diupload. Berapa banyak yang dapat? Itu saya tidak pasti, tetapi lumayan lah agaknya.
Artikel Lain : 9 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh di Cuba Semasa PKP
Jual Gambar di Shutterstock
Lagi satu cara mudah untuk buat duit secara online dengan telefon pintar ialah jual gambar di shutterstock. Anda tidak perlu kamera DSLR yang mahal pun untuk mula menjual di Shutterstock.
Ini adalah perkara yang baru bagi saya dan tidak pernah tahu pun sebelum ini. Boleh lah buat pembacaan penuh di SINI mengenai cara jual gambar di Shutterstock.

Jual Barang Terpakai
Cuba anda lihat di dalam rumah masing-masing, pasti ada barang yang tidak digunakan lagi. Anda boleh cuba menjual barang terpakai di internet seperti carousell dan mudah.my.
Ada juga orang buat jual barang terpakai ini satu bisnes yang menguntungkan. Cuma di musim pandemik ini, hanya boleh menjual di dalam kawasan yang tidak melebihi 10km radius sahaja.
Jika barang yang besar seperti peti ais, sofa dan juga mesin basuh, boleh gunakan perkhidmatan courier seperti Lalamove untuk dihantar kepada pembeli.
Anda boleh cuba dahulu mana-mana yang sesuai. Yang penting, jangan gunakan duit yang banyak untuk mula menjana pendapatan di internet.

One Reply to “Buat Bisnes Online Dari Rumah Tanpa Modal”