Belajar bisnes ebay | Dengan bermulanya PKP 3.0, maka ramai lah rakyat Malaysia yang mungkin akan kehilangan pekerjaan atau kekurangan pendapatan. Disini saya cuba untuk menerangkan secara terperinci yang mampu dalam membantu rakyat Malaysia untuk memulakan bisnes ebay.
Ebay
Ramai yang telah mengetahui tentang laman web Shopee dan Lazada. Ebay pula adalah sebuah tapak web lelongan atas talian dan membeli-belah antarabangsa. Diasaskan pada 3 September 1995 di San Jose, California, Amerika Syarikat.
Kini, ebay bukan sahaja bertapak di Amerika Syarikat, mereka juga telah meluaskan jaringan bisnes kepada negara lain. Contohnya Ebay UK, Canada, German, Australia, Perancis dan banyak lagi negara lain.
Rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang yang luas ini untuk berniaga di laman web ebay.
Artikel Lain : Buat Duit Online Dengan Bisnes Dropship di Shopee
Belajar Bisnes Ebay
Sebelum mula menjual di Ebay, saya galakkan anda untuk belajar dahulu selok belok untuk memulakan perniagaan di Ebay. Mungkin untuk mendaftar di Ebay itu tiada menjadi masalah, tetapi untuk menjual, anda memerlukan lebih banyak perkara yang agak teknikal.
Di sini, saya cadangkan anda untuk belajar dengan Team Export Mudah. Team yang di asaskan oleh saudara Farhan dan Fazley. Mereka telah memulakan bisnes di Ebay sejak tahun 2014 lagi. Walaupun agak lewat sedikit berbanding saya, tetapi ilmu yang disampaikan oleh mereka adalah yang terkini dan lebih ‘advance’.
Artikel Lain : Cara Jual Barang di Lazada Malaysia Dengan Mudah
Pihak Team Export Mudah telah berjaya meraih pendapatan 4-5 angka dalam masa beberapa bulan sahaja masa mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan di Ebay. Mereka juga banyak membantu orang lain untuk memulakan bisnes di Ebay.
Apa yang menarik bagi saya, mereka hanya menjual barang-barang yang ada di sekeliling sahaja. Seperti contoh barang yang ada di Speedmart, Mydin dan pasaraya-pasaraya lain yang ada di Malaysia. Barang yang ada di jual di Mr.Diy pun boleh dijadikan barang jualan di Ebay.
Banyak perkara yang anda perlu belajar sebelum mula menjual di Ebay. Mereka akan mengajar anda dari cara pemilihan produk, strategi harga jualan, cara listing produk, pengurusan order, withdraw duit ke akaun tempatan dan banyak lagi perkara yang berkait dengan teknikal.
Bab yang paling penting adalah bagaimana menguruskan order semasa musim Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Penghantaran akan menjadi sedikit lambat dan cara untuk mengatasinya.
Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan di Ebay, boleh lihat dahulu testimoni peserta yang berjaya di laman web mereka di Team Export mudah.
7 Replies to “Belajar Bisnes Ebay dengan Team Export Mudah”