Beli Barang Dari China | Masih ada lagi kah orang yang ingin memborong barang dari China secara online di musim pandemik ini? Jawapannya YA. Barang dari China masih lagi mendapat sambutan rakyat Malaysia untuk berniaga atau pun kegunaan sendiri.
Untuk beli barang dari China anda tidak perlu pergi ke sana semata-mata ingin mendapatkan barang yang dihajati. Di zaman serba moden ini, kita boleh membeli barang dari China secara online sahaja.
Dengan membeli barang dari China secara online, kita boleh membandingkan harga antara satu penjual dengan penjual yang lain.
Kelebihan lain pula anda dapat mengurangkan kos tiket kapal terbang dan juga penginapan anda di China. Ini tidak termasuk lagi dengan belanja harian dan juga makanan anda di sana.
Artikel Lain : Cara Jual Barang di Lazada Malaysia Dengan Mudah
Beli Barang Dari China
Terdapat 2 jenis laman web yang menyediakan servis untuk anda membeli barang dari China. Iaitu laman web Taobao dan 1688.com.
Jika dahulu laman web taobou di dalam bahasa China, tetapi sekarang boleh diakses dengan menggunakan bahasa Inggeris yang dialih bahasakan oleh Google.
Terdapat beribu-ribu barang yang boleh dibeli di sini. Tambahan pula sekarang ini boleh dibeli dengan menggunakan kad debit sahaja.
Kebiasaannya, orang membeli di laman web taobao untuk kegunaan sendiri. Seperti barang-barang untuk kegunaan harian di dalam rumah.
Laman web 1688.com pula, digunakan oleh peniaga-peniaga di Malaysia untuk memborong dan meraih keuntungan yang maksima kerana harga di 1688 lebih murah dari taobao.
Cuma di 1688.com masih lagi dalam bahasa China. Agak sukar untuk kita membanding kan harga. Untuk memudahkan kerja, saya sarankan anda untuk mendownload apps 1688 ini di Google Playstore atau Apple Store.
Masa penghantaran ke Malaysia pula bergantung kepada pembekal di sana. Paling lama masa yang diperlukan adalah 30 hari untuk sampai ke tangan anda. Ini bergantung juga dengan keadaan pandemik yang melanda dunia sekarang ini.
Artikel Lain : Belajar Bisnes Ebay dengan Team Export Mudah
Panduan Beli Borong China
Di sini, ada 2 panduan untuk anda membeli barang dari China. Rahsia taobao dan Rahsia 1688.com

Kedua-dua nya pun bagus untuk anda miliki kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada anda untuk membeli yang mana satu. Anda boleh membeli barang di taobao secara direct tanpa memerlukan ejen. Dimana barang akan terus dihantar ke alamat rumah anda.
Bagi saya, jika anda ingin membeli barang dari China secara borong, lebih baik dapatkan panduan Rahsia 1688.com. Akan diterangkan secara terperinci cara-cara borong dari China.
Di laman web 1688.com, anda memerlukan ejen untuk menguruskan pembelian di sana. Di dalam panduan ini ada diterangkan kesemuanya.

Melalui panduan ini, anda juga boleh mula berniaga di Shopee atau Lazada. Sekian sahaja buat masa ini, semoga anda sukses di dalam bidang yang diceburi.