Cara Jual Barang Sendiri di Shopee

Cara jual barang sendiri | Ada sesetengah orang yang ingin menjual barang mereka sendiri di Shopee atau Lazada. Tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memulakannya.

Disini saya akan terang kan serba sedikit tentang bagaimana hendak menjual di Shopee. Sebelum itu anda hendaklah daftar sebagai Shopee Seller terlebih dahulu.

Jika tidak, anda tidak dapat untuk meneruskan proses yang berikutnya.

Cara Jual Barang Sendiri di Shopee

Mula-mula sekali anda perlu lah pergi ke halaman Shopee Seller Central. Boleh tekan pada “Add New Product”.

cara jual barang sendiri
Add New Product

Kemudian anda akan diminta untuk mengisi “Product Name” dan juga kategori produk.

cara jual barang sendiri
Masukkan “Product Name” dan juga kategori

Selepas itu anda akan diminta untuk meletakkan gambar yang berkaitan dengan produk yang ingin dijual. Begitu juga dengan maklumat produk.

cara jual barang sendiri
Masukkan gambar berkaitan produk

Setelah selesai masukkan pula harga produk yang ingin dijual. Harga produk biarlah sesuai dengan barang.

cara jual barang sendiri
Harga Produk dan Stok

Kemudian anda boleh pilih Shopee Support Logistic (SSL) yang sesuai dengan kawasan anda. Perlu di ingatkan SSL ini hendaklah dibuat sebelum anda menyenaraikan produk baru.

cara jual barang sendiri
Shopee Support Logistic

Akhir sekali boleh tekan butang “Save and Publish”. Selesai sudah cara untuk anda menyenaraikan produk di dalam Shopee.

Save and Publish Produk anda

Ulang proses seperti yang di atas ini untuk produk-produk anda yang lain.

Ada 2 benda penting yang diperlukan untuk menjana pendapatan secara online di Shopee.

Benda yang pertama ialah printer AWB. Printer ini penting untuk mencetak AWB dari Shopee dan di lekatkan pada shipment packet. Harga bermula dari RM250 mengikut spek yang ingin dibeli.

Pelbagai jenis Printer AWB

Ini adalah untuk memudahkan pihak courier sama ada J&T, Ninja Van, DHL atau pun Poslaju menghantar barang anda kepada pembeli dengan selamat.

Barang yang kedua diperlukan adalah “courier bag” itu sendiri. “Courier bag” ini anda boleh beli di dalam laman web Shopee atau Lazada.

Jenis-jenis courier bag yang ada dijual

Anda boleh beli seberapa banyak mengikut keperluan produk yang ada.

Artikel Lain : Cara Jual Barang di Lazada Malaysia Dengan Mudah

Seperti mana di Shopee, Lazada juga lebih kurang sama sahaja. Cuma, courier yang akan digunakan adalah Lazada Express.

Semoga anda dapat menjual dan menjana pendapatan secara online di Shopee dan Lazada. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *